Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$111.4 bilion
Jumlah itu dicatat setakat 13 Mei 2022 berbanding AS$112.5 bilion pada April.
Terkini
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$111.4 bilion pada 13 Mei, 2022 berbanding dengan AS$112.5 bilion pada 29 April, 2022.
Menurut kenyataan pada Isnin, BNM menjelaskan paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ini merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$98.4 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$1.4 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$6.0 bilion, emas pada AS$2.4 bilion dan aset rizab lain berjumlah AS$3.2 bilion.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.