Sebanyak 1,131,326 atau 31.9% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 1,683,567 atau 47.5% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama Covid-19 bagi kanak-kanak menerusi PICKids adalah pada 31 Mei ini.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,553 atau 93.5% telah lengkap divaksin, manakala 3,007,101 atau 96.6% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, seramai 16,084,603 atau 68.4% orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,173 atau 97.6% telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,249,459 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 9,883 dos harian diberikan semalam meliputi 2,129 suntikan penggalak, 3,945 dos kedua dan 3,809 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,826,089
Portal Github KKM melaporkan dua kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam di Johor.