- Iklan -
Berita

Prasarana pandang serius dakwaan rasuah projek MRT, LRT

Prasarana berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk rasuah dalam semua urusannya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Tren MRT bergerak dari di Taman Tun Dr Ismail. Prasarana berkata pihaknya akan memberikan kerjasama dalam siasatan rasuah melibatkan projek pengangkutan awam antara bandar itu.
Tren MRT bergerak dari di Taman Tun Dr Ismail. Prasarana berkata pihaknya akan memberikan kerjasama dalam siasatan rasuah melibatkan projek pengangkutan awam antara bandar itu.

Syarikat pengoperasi pengangkutan awam Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memandang serius laporan media yang memetik sumber mendakwa terdapat elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam.

Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan projek terlibat membabitkan Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

“Prasarana tidak berkompromi dengan apa jua bentuk gejala rasuah dalam semua urusannya.

“Pihak kami akan mengikuti rapat perkembangan kes dan berhubungan dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan gambaran yang tepat sebelum mengambil langkah susulan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Prasarana turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara berkenaan.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi