- Iklan -
Berita

Pemimpin EU setuju larang import minyak Rusia, kekang kemaraan Moscow di Donbas

Larangan import minyak Rusia yang dilaksanakan negara anggota EU disifatkan bagi menghukum Moscow yang menceroboh Ukraine sejak tiga bulan lalu.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang tentera Ukraine memeriksa parit di kem pangkalan Rusia yang kosong berhampiran Buda-Babynetska, utara Kyiv, pada 5 April. Gambar: AFP
Seorang tentera Ukraine memeriksa parit di kem pangkalan Rusia yang kosong berhampiran Buda-Babynetska, utara Kyiv, pada 5 April. Gambar: AFP

Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bersetuju larangan lebih dari dua pertiga import minyak dari Russia, bagi mengekang ekonomi negara itu selepas pasukan tentera Moscow mara ke timur Donbas, Ukraine.

“Larangan itu bertujuan untuk menghukum Rusia kerana pencerobohan (ke atas Ukraine) sejak tiga bulan lalu, bagi mengurangkan sumber pembiayaan yang besar untuk jentera perangnya,” kata ketua Majlis Eropah Charles Michel dalam tweet.

“Bagi meletakkan tekanan maksimum ke atas Rusia untuk menamatkan perang,” katanya.

Pemimpin blok 27 negara itu telah bermesyuarat di Brussels bagi merundingkan perjanjian yang telah lama diusahakan EU.

Ia diadakan ketika kebimbangan dibangkitkan Hungary dan negara jiran lain yang bergantung dengan bahan api dari Rusia.

Michel berkata perjanjian itu juga termasuk rancangan EU menghantar sembilan bilion euro ke Kyiv.

Di Ukraine, tentera Rusia meneruskan serangan mereka di Donbas.

“Keadaan di Severodonetsk sangat rumit,” kata Gabenor Luhansk, Sergiy Gaiday.

Menurutnya, seluruh wilayah itu berdepan pengeboman yang berterusan dari pasukan Rusia – “bom udara, artileri, dan kereta kebal. Semuanya melancarkan serangan”.

Ketika Eropah mengumumkan tekanannya ke atas Moscow, Washington mengambil langkah berhati-hati mengenai pembekalan senjata kepada Ukraine.

Presiden AS Joe Biden berkata beliau tidak akan menghantar sistem roket ke Ukraine yang mempunyai kemampuan untuk masuk ke wilayah Rusia walaupun Kyiv mendesak supaya senjata sedemikian dihantar selain bantuan ketenteraan AS sejak perang bermula.

Di Washington, Biden memberitahu wartawan: “Kami tidak akan menghantar sistem roket ke Ukraine yang boleh menyerang Rusia.”

Setakat ini, Ukraine menerima banyak bantuan ketenteraan AS di mana penggubal undang-undang meluluskan pakej bantuan AS$40 bilion (37.1 bilion euro) kepada Ukraine pada Mei.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.