Kanada kenakan sekatan baru ke atas industri minyak, gas Rusia
Sekatan terhadap industri eksport minyak, gas dan perkhidmatan kimia itu menyumbang kira-kira 50% pendapatan belanjawan persekutuan Rusia.
Terkini
Menteri Luar Kanada Melanie Joly pada Rabu mengumumkan sekatan baru ke atas industri minyak, gas dan kimia Rusia, lapor Xinhua.
Langkah baru itu termasuk larangan terhadap eksport 28 perkhidmatan penting bagi operasi industri minyak, gas dan kimia, termasuk perkhidmatan teknikal, pengurusan, perakaunan dan pengiklanan, kata menteri itu dalam satu kenyataan.
Sekatan terhadap industri eksport minyak, gas dan perkhidmatan kimia itu menyumbang kira-kira 50% pendapatan belanjawan persekutuan Rusia.
Sejak 24 Februari tahun ini, Kanada telah mengenakan sekatan ke atas lebih 1,070 individu dan entiti dari Rusia, Ukraine dan Belarus.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.