- Iklan -
Berita

Dominic Lau pengerusi baru PN Pulau Pinang, Sahruddin di Johor

Pelantikan kedua-dua mereka berkuat kuasa serta-merta.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Gerakan Dominic Lau. Gambar: Bernama
Presiden Gerakan Dominic Lau. Gambar: Bernama

Presiden Gerakan Dominic Lau Hoe Chai dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan semalam turut mengumumkan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Johor Sahruddin Jamal dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan PN Johor juga berkuat kuasa serta-merta.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada Sabtu yang dihadiri oleh semua presiden parti anggota PN.

Mereka termasuk Lau, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden STAR Sabah Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Yong Teck Lee serta wakil dari semua komponen.

Sementara itu Muhyiddin berkata mesyuarat juga membuat ketetapan untuk terus memperkasakan PN dan memperkukuhkan gerak kerja parti komponen dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mendepani isu-isu semasa yang dihadapi rakyat amnya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.