- Iklan -
Berita

Kes sub varian Omicron meningkat, agensi EU ramal risiko kematian

Setakat 4 Jun, sub varian BA.4 dan BA.5 dianggarkan membentuk hampir 5% ke 8% daripada kes Covid-19 di Amerika Syarikat.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung berjemur dan mandi-manda pantai Bournemouth, selatan England pada 25 Jun 2020. Gambar: AFP
Pengunjung berjemur dan mandi-manda pantai Bournemouth, selatan England pada 25 Jun 2020. Gambar: AFP

Dua sub varian Omicron, BA.4 dan BA.5 dilaporkan lebih mudah menular berbanding varian Covid-19 lain di Eropah, di mana ia boleh menyebabkan lebih banyak kemasukan ke hospital selain mengakibatkan kematian jika menjadi dominan, kata agensi pencegahan penyakit berjangkit Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin.

Setakat ini, kebanyakan negara EU mengenal pasti penularannya dalam kadar rendah.

Namun, di beberapa negara penularannya dilihat mulai meningkat termasuk Portugal di mana penularan BA.5 merangkumi 87% kes setakat 30 Mei.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) turut berkata secara keseluruhannya, trend penularan sub varian itu ketika ini sedang meningkat.

Kedua-dua sub varian tersebut turut disenaraikan di bawah pemantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada bulan Mac dan diletakkan dalam kategori varian yang membimbangkan oleh ECDC.

Bagaimanapun, BA.4 dan BA.5 dianggap tidak membawa risiko gejala teruk berbanding sub varian Omicron yang lain.

Menurut ECDC, peningkatan bilangan kes ekoran daripada kadar jangkitan yang lebih tinggi berisiko menjadi punca lebih banyak kemasukan ke hospital dan kematian.

“Kadar jangkitan yang dilaporkan untuk BA.4 dan BA.5 menunjukkan bahawa varian ini akan menjadi dominan,” katanya dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS berkata, BA.4 dan BA.5 dianggarkan membentuk hampir 5% ke 8% daripada kes Covid-19 di Amerika Syarikat setakat 4 Jun.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.