Menteri Kehakiman Brazil Anderson Torres pada Selasa berkata usaha mencari wartawan Britain Dom Phillips dan pakar peribumi Bruno Pereira, yang hilang sejak awal bulan ini di hutan hujan Amazon diteruskan.
Torres berkata Phillips dan Pereira hilang di kawasan yang sukar, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita rasmi Brazil, Agencia Brasil.
Mengenai pasukan keselamatan, Torres berkata: “Pencarian diteruskan seperti yang saya janjikan. Saya bertemu dengan menteri Amerika Syarikat dan Britain.
“Saya berjanji tidak akan menghentikan pencarian dengan menggunakan semua kemudahan yang ada di kawasan itu.”
Phillips, 57, bekerja untuk akhbar The Guardian, berpangkalan di Britain dan mengembara ke wilayah itu untuk menulis buku mengenai Orang Asli di Amazon.
Sementara Pereira, 41, merupakan pakar di Yayasan Peribumi Nasional Brazil.
Mereka berdua hilang sejak 5 Jun lalu.