- Iklan -
Berita

Tunku Ismail dilantik pemangku Sultan Johor

Bagaimanapun, tempoh pemangkuannya tidak diumumkan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berucap ketika merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar hari ini. Gambar: Bernama
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berucap ketika merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar hari ini. Gambar: Bernama

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemangku raja mulai hari ini.

Baginda mengumumkan perkara itu ketika merasmikan mesyuarat kedua (pembukaan rasmi) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Kota Iskandar, hari ini.

“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai pemangku raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini,” titahnya.

Bagaimanapun, baginda tidak menyebut tempoh jawatan itu akan dipegang oleh Tunku Ismail.

Kali terakhir Tunku Ismail dilaporkan memegang jawatan itu apabila baginda dilantik pada 10 Ogos 2019.

Seminggu lepas, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan berundur dan menyerahkan urusan harian kelab itu kepada pengurusan tertingginya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers pada 9 Jun lepas, Tunku Ismail berkata keputusan itu adalah disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain.