- Iklan -
Berita

Pengurus syarikat hartanah berkait kerajaan, 3 lagi ditahan buat tuntutan palsu RM300 juta

Mereka direman sehingga 22 Jun depan bagi membantu siasatan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Empat individu ditahan reman di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi membantu siasatan tuntutan palsu RM300 juta projek pembangunan di pantai timur.
Empat individu ditahan reman di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi membantu siasatan tuntutan palsu RM300 juta projek pembangunan di pantai timur.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk seorang pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan kerana disyaki bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di pantai timur bernilai lebih RM300 juta.

Tiga lagi individu yang ditahan merupakan pengurus projek, pengarah urusan dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juru perunding.

Tiga daripada mereka ditahan di pejabat SPRM Terengganu manakala seorang lagi rumahnya di Kuala Lumpur pada 16 Jun 2022.

Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 28 hingga 48 tahun.

Mereka ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 22 Jun 2022 setelah majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim turut mengesahkan penahanan terbabit ketika dihubungi.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.