- Iklan -
Berita

47 kawasan di Petaling alami gangguan bekalan air hingga pagi esok

Gangguan berkenaan adalah susulan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Air Selangor mengisi air pada tangki lori untuk dibawa ke kawasan terjejas bekalan di sekitar negeri itu.
Petugas Air Selangor mengisi air pada tangki lori untuk dibawa ke kawasan terjejas bekalan di sekitar negeri itu.

Sebanyak 47 kawasan di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam bermula hari ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini.

Menurut Air Selangor, gangguan berkenaan susulan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil yang telah dimulakan pada 9 pagi hari ini dan dijangka pulih sepenuhnya pada 9 pagi esok.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” menurut Air Selangor dalam kenyataan hari ini.

Menurut Air Selangor, pihaknya akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Bagi pelanggan komersial pula, pembelian air menggunakan lori tangki air masing-masing dibuka di satu stesen pengisian air setempat dan pembayaran boleh dibuat di Jalan TPP 5/17, Taman Perindustrian Puchong.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” menurut kenyataan itu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.