- Iklan -
Berita

Kanak-kanak sakit kronik perlu RM2 juta untuk rawatan meninggal dunia

Aliya Darwisyah yang menghidap penyakit neuron otak kronik meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Nur Hasliza Mohd Salleh
1 minit bacaan
Kongsi
Aliya Darwisyah sebelum ini terlantar dan dirawat di rumah berikutan penyakit neuron kronik yang dihidapinya.
Aliya Darwisyah sebelum ini terlantar dan dirawat di rumah berikutan penyakit neuron kronik yang dihidapinya.

Kanak-kanak berumur lapan tahun, Aliya Darwisyah yang menghidap penyakit neuron otak kronik di mana MalaysiaNow melaporkan penderitaannya sejak tahun lalu disahkan meninggal dunia pada tengah hari tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut aktivis Nur Haslinda Eunos yang banyak membantu keluarga Aliya dan ibunya Zaitul Akma Muhd Zin untuk mendapatkan rawatan dan kos pengangkutan ke hospital, Aliya dimasukkan ke wad hospital pada Rabu lalu selepas mengalami demam panas dan batuk.

“Setakat ini, ibu dan keluarga Aliya berada di hospital. Saya juga dalam perjalanan ke sana,” katanya kepada MalaysiaNow.

Menurut Haslinda, jenazah Aliya akan dibawa ke Masjid Damansara Damai di Petaling Jaya sebelum dikebumikan.

Aliya dan adiknya Adib Aisy Rizqi menghidap lipofuscinosis ceroid neuron.

Sejak kisahnya mereka disiarkan, kesihatan Aliya semakin merosot.

Penyakit yang dialami Aliya dan adiknya merupakan sejenis penyakit kelainan sistem saraf yang menjadikan struktur atau fungsi neuron otak semakin melemah.

Penyakit ini biasanya bermula ketika usia kanak-kanak antara lima hingga 10 tahun.

Perkembangan terkini yang dilaporkan MalaysiaNow adalah pada April lalu apabila Zaitul memaklumkan tajaan bekalan ubat untuk kedua-dua anaknya itu akan tamat pada Julai.

Atas sebab itu, beliau semakin runsing memikirkan kos ubat-ubatan yang mencecah RM2.7 juta untuk tempoh dua tahun.

Tinjauan MalaysiaNow di rumah Zaitul di Damansara pada April lalu mendapati Aliya hanya mampu baring terlantar di atas tilam di ruang tamu bersebelahan dengan alatan perubatan dan sebuah mesin oksigen.

Dia tidak lagi berupaya untuk mendengar, bercakap dan disahkan oleh doktor bahawa hilang deria rasa.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.