- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,300, tiada kematian direkodkan

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.4% dengan kes Covid-19 merangkumi 7.1%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung berjalan di ruang legar Pavillion di Kuala Lumpur dengan memakai pelitup muka, orang ramai masih lagi mengekalkan garis panduan Majlis Keselamatan Negara walaupun kelonggaran sekatan telah diumumkan sejak 1 April lalu.

2,302 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,554,661 kes.

Sebanyak 2,539 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,490,906.

Ketika ini, 28,010 kes aktif direkodkan, dengan 26,929 atau 96.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 16 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,034 (3.7%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 31 kes dan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.4% dengan kes Covid-19 merangkumi 7.1%.

Tiada kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kekal 35,745 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.