- Iklan -
Berita

Rakyat Malaysia tidak perlu isi pas pengembara

Pemansuhan tersebut hanya terpakai kepada warganegara Malaysia sebelum diperluaskan secara berperingkat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail penumpang AirAsia beratur di kaunter tiket klia2 di Sepang.
Gambar fail penumpang AirAsia beratur di kaunter tiket klia2 di Sepang.

Berkuat kuasa 4 Julai, warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri pas pengembara dalam aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Buat permulaan, katanya pemansuhan tersebut hanya terpakai kepada warganegara Malaysia sebelum diperluaskan secara berperingkat kepada pemegang pas sosial, pas pelajar dan penduduk tetap kelak.

“Kelonggaran ini bagi memudahkan warganegara kita kembali ke Malaysia, di samping keadaan sistem kesihatan kini berada pada tahap baik dan memuaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy berkata ciri-ciri pas pengembara tersebut masih terpapar di aplikasi MySejahtera dan perlu dilengkapkan oleh pengembara bukan warga Malaysia sebelum memasuki negara ini.

“Selain pemantauan kes-kes Covid-19 dalam kalangan pengembara luar, ciri-ciri tersebut perlu dilengkapkan oleh mereka supaya Kementerian Kesihatan Malaysia berupaya membuat pemantauan rapi ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan pengembara ke Malaysia termasuk warganegara dan bukan warganegara perlu mengisi pas pengembara, berfungsi memastikan pengembara melengkapkan borang deklarasi kesihatan dan selain pemberian Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.