- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 2,700, 6 lagi kematian

Ketika ini, 30,217 kes aktif direkodkan, dengan 28,892 atau 95.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung menggunakan skuter elektrik ketika bersiar-siar di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Pengunjung menggunakan skuter elektrik ketika bersiar-siar di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sebanyak 2,773 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 4,568,828.

Manakala 1,984 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,502,840.

Ketika ini, 30,217 kes aktif direkodkan, dengan 28,892 atau 95.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 26 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,252 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 47 dan 28 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 63.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 10.5%.

Enam kematian termasuk satu kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 35,771 orang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi