- Iklan -
Berita

Kes harian kekal di paras 2,500, 5 lagi kematian

29,793 kes aktif direkodkan, dengan 28,508 atau 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menjamu selera di pasar raya Sogo, Kuala Lumpur. Langkah memakai pelitup muka masih diamalkan ramai di kawasan tertutup.
Orang ramai menjamu selera di pasar raya Sogo, Kuala Lumpur. Langkah memakai pelitup muka masih diamalkan ramai di kawasan tertutup.

Sebanyak 2,536 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 4,573,891.

Manakala 3,123 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,508,322.

Ketika ini, 29,793 kes aktif direkodkan, dengan 28,508 atau 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 19 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,221 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 45 dan 26 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 10.1%.

Lima kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 35,776 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.