Kelantan umum 12 Julai cuti gantian sempena Aidiladha
Hari kelepasan am bagi Hari Raya Korban pertama dan kedua masing-masing jatuh pada 10 dan 11 Julai.
Terkini
Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.
Pejabat setiausaha kerajaan Kelantan menerusi kenyataan hari ini berkata kerajaan negeri telah mewartakan 9 Zulhijjah iaitu pada 9 Julai 2022 sebagai hari kelepasan am sempena dengan hari wuquf di Arafah sebagaimana surat pemakluman pihaknya pada 13 Januari lepas.
“Berdasarkan hari wuquf tersebut, hari kelepasan am bagi Hari Raya Korban pertama dan kedua masing-masing jatuh pada hari Ahad serta Isnin (10 dan 11 Julai).
“Oleh itu, bertepatan dengan pemakluman surat berkenaan hari Selasa menjadi hari kelepasan am negeri Kelantan sebagai cuti gantian Hari Raya Korban hari raya kedua,” menurut kenyataan itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.