- Iklan -
Berita

Kes harian turun bawah 2,000, 8 lagi terkorban

29,382 kes aktif direkodkan dengan 95.8% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menaiki LRT dengan mematuhi SOP pemakaian pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai menaiki LRT dengan mematuhi SOP pemakaian pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19.

1,918 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,575,809 kes.

Sebanyak 2,321 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,510,643.

Ketika ini, 29,382 kes aktif direkodkan, dengan 28,140 atau 95.8% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 26 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,172 (4%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 44 kes dan 24 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.2% dengan kes Covid-19 merangkumi 9.9%.

Lapan kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,784 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.