- Iklan -
Berita

Kalwant digantung esok, mahkamah Singapura tolak permohonan tangguh pelaksanaan

Warga Malaysia itu juga turut memohon semakan terhadap sabitan dan hukumannya bagi kesalahan mengedar 60g dadah ke republik itu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Malaysia Kalwant Singh bersama kakaknya, Sonia.
Warga Malaysia Kalwant Singh bersama kakaknya, Sonia.

Warga Malaysia Kalwant Singh akan menjalani hukuman gantung sampai mati seperti dijadualkan esok selepas gagal dalam usaha saat akhir untuk menangguhkan pelaksanaan hukumannya bagi kesalahan menyeludup lebih 60g diamorfin ke Singapura sembilan tahun lalu.

Kalwant ditahan di Singapura pada 24 Oktober 2013, ketika berusia 23 tahun. 

Dia dijatuhkan hukuman mati pada 1 Jun 2016.

Semalam, dia memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan Singapura bagi penangguhan pelaksanaan hukuman selain permohonan semakan terhadap sabitan dan hukumannya.

Permohonan penangguhan hukumannya didengar oleh panel tiga hakim hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonannya hari ini sekali gus menyebabkan hukuman matinya akan dijalankan di Penjara Changi pada pagi esok.

Pelaksanaan hukuman mati terhadap Kalwant ditetapkan kurang daripada tiga bulan selepas pelaksanaan hukuman mati terhadap Nagaenthran K Dharmalingam, seorang warga Malaysia yang dihukum mati walaupun mendapat bantahan dan kecaman antarabangsa berikutan keadaannya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental.

Nagaenthran yang mempunyai skor IQ 69, tahap yang membolehkannya diiktiraf sebagai OKU, dilaporkan telah dipaksa untuk melakukan jenayah pengedaran dadah.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.