- Iklan -
Berita

Kes harian catat hampir 3,000 jangkitan, 3 lagi terkorban

30,019 kes aktif direkodkan dengan 95.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penumpang tren MRT memakai pelitup muka untuk melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.
Penumpang tren MRT memakai pelitup muka untuk melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.

2,932 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,578,741 kes.

Sebanyak 2,292 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,512,935.

Ketika ini, 30,019 kes aktif direkodkan, dengan 28,709 atau 95.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 30 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,238 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 42 kes dan 25 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61% dengan kes Covid-19 merangkumi 9.8%.

Tiga kematian dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,787 orang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi