3,561 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,582,302 kes.
Sebanyak 2,035 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,514,970.
Ketika ini, 31,540 kes aktif direkodkan, dengan 30,290 atau 96% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.
Dalam pada itu, 26 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,184 (3.8%) dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 40 kes dan 23 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 9.7%.
Lima lagi kematian dilaporkan termasuk dua kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,792 orang.