- Iklan -
Berita

Aliran trafik tinggi di lebuh raya utama dalam negara

Bagaimanapun, tiada kesesakan luar biasa direkodkan setakat pukul 11.00 pagi tadi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Aliran trafik tinggi dijangka berlaku di lebuh raya utama dalam negara berikutan cuti Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini.
Aliran trafik tinggi dijangka berlaku di lebuh raya utama dalam negara berikutan cuti Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini.

Aliran trafik di lebuh raya utama dari ibu kota menghala utara, timur dan selatan negara dilaporkan tinggi setakat 11.00 pagi ini, namun tiada kesesakan luar biasa berlaku.

Ini susulan orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidiladha pada Ahad ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata peningkatan kenderaan di lebuh raya dijangka berlaku menjelang 2 petang ini dan berlarutan sehingga malam.

"Berlaku pertambahan kenderaan di Plaza Tol Gombak dan kesesakan didapati sejauh 1.5 kilometer (km) sebelum menuju terowong Genting Sempah.

"Bagi laluan utara, terdapat kesesakan sejauh 3.6 km akibat kemalangan arah utara di KM257.8 dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar, manakala laluan selatan negara masih lancar,” katanya.

Tinjauan Bernama di tiga plaza tol iaitu di Gombak, Sungai Besi dan Jalan Duta mendapati berlaku pertambahan kenderaan namun aliran trafik lancar dengan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dilihat membantu mengawal lalu lintas.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.