- Iklan -
Berita

Kerajaan saran orang ramai dapatkan Paxlovid jika belum terima dos penggalak

Menteri kesihatan beri amaran peningkatan kes Covid-19 dalam negara sejak kebelakangan ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Walaupun kerajaan tidak mewajibkan dos penggalak, namun orang ramai digalakkan untuk mengambilnya bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Walaupun kerajaan tidak mewajibkan dos penggalak, namun orang ramai digalakkan untuk mengambilnya bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihati individu yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 agar segera berbuat demikian susulan peningkatan jangkitan kes virus itu sejak kebelakangan ini.

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia yang belum menerima suntikan agar mendapatkan Paxlovid, ubat antiviral di fasiliti Kementerian Kesihatan sejak 15 April lepas bagi merawat pesakit Covid-19 dengan gejala ringan dan sederhana.

"Dapatkan suntikan, jika anda belum berbuat demikian. Dapatkan Paxlovid, jika anda berisiko tinggi dan positif Covid-19,” katanya di akaun Twitternya. 

Khairy juga menggesa agar rakyat Malaysia memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup atau sesak selain mengamalkan kaedah TRIIS (uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan).

Dilaporkan bahawa tujuh juta rakyat Malaysia belum mendapatkan dos penggalak Covid-19 setakat ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob turut berkata meskipun dos penggalak tidak diwajibkan, ia masih penting kerana bukan sahaja kes positif Covid-19 telah kembali dengan trend menaik, tetapi dos itu juga akan membantu menghadapi varian baru virus terutama Omicron BA.5 yang lebih mudah berjangkit.

Khairy berkata pemberian Paxlovid kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah percuma namun pesakit masih perlu membayar caj perkhidmatan konsultasi dan caj lain yang berkaitan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.