- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 3,000, 7 lagi terkorban

42,185 kes aktif direkodkan dengan 96.3% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Nur Shazreena Ali
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menjamu selera di pasar raya Sogo, Kuala Lumpur. Langkah memakai pelitup muka masih diamalkan ramai di kawasan tertutup.
Orang ramai menjamu selera di pasar raya Sogo, Kuala Lumpur. Langkah memakai pelitup muka masih diamalkan ramai di kawasan tertutup.

3,079 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,627,061 kes.

Sebanyak 3,399 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,548,014.

Ketika ini, 42,185 kes aktif direkodkan, dengan 40,622 atau 96.3% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 34 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,472 (3.5%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 57 kes dan 37 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 13.8%.

Tujuh lagi kematian dilaporkan termasuk tiga kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,862 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.