- Iklan -
Berita

Samsung SDI labur AS$1.3 bilion bina kilang bateri di Seremban

Ia akan menjadi kilang kedua Samsung SDI di Malaysia bagi pembuatan bateri silinder.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Samsung SDI bakal memiliki dua kilang pembuatan bateri di Malaysia, di mana ia kini memulakan pembinaan kilang baru di Seremban, Negeri Sembilan. Gambar: AFP
Samsung SDI bakal memiliki dua kilang pembuatan bateri di Malaysia, di mana ia kini memulakan pembinaan kilang baru di Seremban, Negeri Sembilan. Gambar: AFP

Samsung SDI Co Ltd sudah memulakan pembinaan kilang bateri baru bernilai 1.7 trilion won (AS$1.3 bilion) di Negeri Sembilan untuk pembuatan bateri silinder, kata syarikat itu hari ini.

Syarikat itu berkata ia akan melabur 1.7 trilion won secara berperingkat di kilang yang dibina di Seremban itu sehingga siap pada 2025.

Dalam sebuah kenyataan, Samsung SDI berkata kilang itu dijangka mengeluarkan produk bateri silindernya mulai 2024.

Menurutnya, bateri yang akan dikeluarkan dijangka akan digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk alatan elektrik, mobiliti mikro dan kenderaan elektrik (EV).

Kilang itu akan menjadi yang kemudahan kedua Samsung SDI di Malaysia, di mana kilangnya yang pertama adalah untuk pembuatan bateri silinder bagi EV.

Selain Malaysia, Samsung SDI juga mempunyai kilang pengeluaran di Korea Selatan, China, Hungary dan AS. 

Pelanggan Samsung SDI adalah daripada jenama antarabangsa yang ternama termasuk BMW, Ford Motor dan Volkswagen.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.