- Iklan -
Berita

PAS setuju guna logo baru PN hadapi PRU15

Bagaimanapun, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan kerjasama dengan Umno dalam Muafakat Nasional masih diteruskan.

Nur Hasliza Mohd Salleh
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden PAS Abdul Hadi Awang logo baru Perikatan Nasional akan digunakan parti itu bagi menghadapi PRU15.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang logo baru Perikatan Nasional akan digunakan parti itu bagi menghadapi PRU15.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu  bersetuju untuk menggunakan logo baru Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. 

Menurutnya, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama kepimpinan parti Bersatu dalam masa terdekat. 

Sebelum ini, PN dilaporkan akan memperkenalkan logo baru sebagai persediaan menuju PRU15.  

Pengerusinya, Muhyiddin Yassin berkata ia adalah sebagai penambahbaikan terhadap logo sedia ada.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas sama ada keputusan menggunakan logo PN akan menghentikan usaha bersama Umno di bawah perjanjian Muafakat Nasional (MN), Hadi menegaskan kerjasama dengan Umno masih diteruskan. 

Menurutnya, MN adalah sebuah gagasan idea tentang perpaduan ummah dan isu berbangkit tentang penggunaan logo akan dibincangkan kemudian. 

"Kita bersama semua sekali, Muafakat Nasional, Perikatan Nasional," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah agama di Masjid Rusila, hari ini.