4,816 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,648,931 kes.
Sebanyak 3,928 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,648,931.
Ketika ini, 40,547 kes aktif direkodkan, dengan 47,932 atau 96.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.
Dalam pada itu, 31 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,535 (3.1%) dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 49 kes dan 28 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 12.1%.
Sembilan lagi kematian dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,911 orang.