Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong Choo Kiong bersalah merogol pembantu rumahnya pada 2019.
Hakim Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan tersebut selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap bekas pemimpin DAP itu.
Yong dilihat tenang ketika hakim menyampaikan penghakimannya pada pukul 10.10 pagi tadi.
Beliau dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan.
Yong didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam hingga 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Pihak pembelaan menutup penghujahan kes pada 31 Mac lalu selepas memanggil tiga saksi: Yong, isterinya, Too Choon Looi dan bapa saudara pembantu rumahnya, Muhammad Rusdi.