3,926 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,668,139 kes.
Sebanyak 3,542 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,584,907.
Ketika ini, 47,286 kes aktif direkodkan, dengan 45,657 atau 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.
Dalam pada itu, 30 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,539 (3.3%) dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 60 kes dan 35 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.2% dengan kes Covid-19 merangkumi 16.1%.
Empat lagi kematian dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,946 orang.