- Iklan -
Berita

Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia

Beliau meninggal dunia di usia pada usia 76 tahun.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim. Gambar: Facebook
Bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim. Gambar: Facebook

Abdul Khalid Ibrahim, yang menjadi menteri besar Selangor pertama bukan dari Umno, meninggal dunia malam ini.

Bekas pemimpin korporat berusia 76 tahun itu dimasukkan ke hospital akibat  jangkitan jantung sejak 23 April lalu. 

Beliau meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Khalid menyertai PKR sebelum dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Beliau memimpin kerajaan negeri selama enam tahun sebelum digulingkan dalam Langkah Kajang, kempen yang dimulakan oleh partinya sendiri bagi menggantikan beliau dari terus meminpin Selangor.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan jenazah bekas menteri besar itu dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

Sebelum aktif dalam politik, Khalid adalah seorang tokoh korporat yang terkenal dengan penglibatannya dalam Serangan Subuh Guthrie pada 1981 yang menyebabkan syarikat perladangan gergasi Guthrie dimiliki Britain jatuh ke tangan Malaysia selepas sahamnya dibeli sebaik sahaja Bursa Saham London memulakan dagangan paginya.  

Langkah itu disusun oleh kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad di mana Permodalan Nasional Berhad akhirnya memegang majoriti saham dalam Guthrie.

Ketika itu, Guthrie memiliki lebih dari 100,000 hektar ladang dan disenaraikan pada kedudukan ke-68 di Bursa Saham London.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi