Keputusan STPM 2021 keluar 18 Ogos
Calon persendirian boleh menyemak keputusan mereka melalui SMS atau dalam talian.
Terkini
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada Khamis, 18 Ogos 2022.
Semua calon boleh mendapatkan slip keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengah hari.
Dalam pada itu, bagi calon persendirian, keputusan mereka boleh dibuat menggunakan kaedah sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888
Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11.00 pagi pada 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga jam 12.00 tengah hari pada 28 Ogos 2022 (Ahad)
Mereka juga boleh melakukan semakan dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.