Ekonomi meningkat 8.9% pada suku kedua 2022
Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, Bank Negara berkata ekonomi meningkat sebanyak 3.5% berbanding 3.8% pada Q1 2022.
Terkini
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan cemerlang sebanyak 8.9% pada suku kedua (Q2) 2022 apabila permintaan domestik terus mengukuh, disokong pemulihan keadaan pasaran buruh selain turut disokong dasar yang berterusan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata peningkatan pertumbuhan itu juga mencerminkan aktiviti ekonomi yang normal ketika negara beralih ke fasa endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa.
“Eksport kekal disokong oleh permintaan kukuh bagi produk elektrik dan elektronik (E&E). Berdasarkan sektor, sektor perkhidmatan dan pembuatan terus memacu pertumbuhan negara,” katanya.
Menurut BNM, walaupun keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat disebabkan oleh asas rendah berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasan pada Jun 2021, namun bank pusat itu berkata pertumbuhan pada April dan Mei 2022 menunjukkan prestasi yang kukuh.
Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ia berkata ekonomi meningkat sebanyak 3.5% berbanding 3.8% pada Q1 2022.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.