- Iklan -
Berita

PN mahu adakan pertemuan rasmi dengan PM

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata semua isu termasuk jawatan timbalan perdana menteri akan dibincangkan dalam pertemuan rasmi itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bendera Perikatan Nasional yang dikibarkan ketika Pilihan Raya Negeri Melaka tahun lalu.
Bendera Perikatan Nasional yang dikibarkan ketika Pilihan Raya Negeri Melaka tahun lalu.

Perikatan Nasional (PN) telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan beberapa isu yang dibangkitkan oleh perikatan itu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agungnya Hamzah Zainudin hari ini yang memaklumkan pertemuan beliau dengan perdana menteri sebelum ini adalah pertemuan tidak rasmi.

“Saya menteri Kabinet, jadi saya selalu jumpa perdana menteri dan minggu lepas adalah jumpa dia (perdana menteri) tetapi tidak secara rasmi.

“Kita sembang-sembang dulu, adalah sembang tapi yang secara rasminya saya sudah minta untuk diberi tarikh baharu supaya wakil PN boleh jumpa dan membentangkan apa yang dimohon PN,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan portal aduan buli hari ini.

Pada 13 Ogos, perdana menteri berkata beliau telah mengadakan pertemuan bersama PN pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat.

Ismail berkata pertemuan yang berlangsung di bangunan Parlimen itu dihadiri Hamzah dan Bendahari PN Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ditanya adakah isu jawatan timbalan perdana menteri akan dibangkitkan dalam pertemuan rasmi itu nanti, Hamzah berkata beliau akan bawa apa sahaja permintaan daripada PN.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi