Produk formulasi serum pertama encorium, mempertaruhkan bahan kandungan yang diekstrak dari sawit merah Malaysia bagi merawat hiperpigmentasi atau noda hitam yang menjadi masalah kulit utama rakyat negara ini.
Serum CE3 Brightening Buffet yang dilancarkan Sabtu lalu itu menggunakan formulasi gabungan vitamin C (asid L-askorbik) dan vitamin E (tokotrienol) yang diekstrak dari sawit Malaysia.
Dalam sebuah kenyataan, Pengasas encorium, Cynthia Lee berkata penguji serum CE3 Brightening Buffet memberikan laporan noda hitam di kulit mereka dapat dipudarkan dengan lebih pantas berbanding serum vitamin biasa.
“Pada tahun lepas, kami menguji gabungan formulasi ini ke atas lebih 500 pengguna penjagaan kulit di Malaysia dan lebih 80% mendapati bahawa kulit mereka nampak lebih berseri selepas 14 hari,” katanya.
Menurut Lee, encorium memilih untuk melancarkan serum pencerah terlebih dahulu selepas tinjauan pihaknya mendapati 63.6% pengguna produk penjagaan kulit mahu menyelesaikan masalah hiperpigmentasi.
“Masalah kulit lain yang diketengahkan oleh responden berumur antara 21 dan lebih 55 tahun adalah kerutan halus (53.6%) dan kekurangan hidrasi (50.8%).“
Menurut Lee, encorium melancarkan serum itu bagi membantu penggemar produk penjagaan kulit Malaysia dalam menangani tiga masalah kulit utama dalam tinjauan mereka itu.
Katanya, dalam kajian mereka, kebanyakan produk menggunakan vitamin C bagi merawat noda hitam kulit. Bahan itu menjadi subjek kajian yang paling banyak dijalankan pakar kimia.
Namun, sifatnya yang sukar dirumus kerana tahap kepekaannya terhadap udara, air, haba menyebabkan pengoksidaan sekali gus menyebabkan kesannya mudah hilang dalam tempoh yang singkat.
"Sebagai penyelesaian dan meningkatkan keberkesanan asid L-askorbik ini, kami menggunakan tokotrienol," katanya sambil menambah penyelidikan ke atas tokotrienol menunjukkan bahawa vitamin E jenis ini 60 kali lebih cekap berbanding vitamin E konvensional, tokoferol.
Dengan formulasi ini, Lee berkata bahawa jenama itu telah berjaya memperlahankan proses pengoksidaan vitamin C sekurang-kurangnya dua kali ganda.
Dalam pada itu, seorang pakar kesihatan Dr Amanda Elli memuji langkah pasukan encorium mencampurkan tokotrienol dengan asid L-askorbik.
“Ini adalah satu inovasi yang bijak. tokotrienol mempunyai ekor molekul yang lebih kecil berbanding vitamin E konvensional. Saiznya yang lebih kecil menjadikannya lebih cekap dalam menjalankan peranannya sebagai antioksidan.
“Dalam memerangi radikal bebas yang merosakkan kulit, asid L-askorbik adalah seperti seorang askar yang gagah perkasa tetapi staminanya tidak tinggi. Ia kuat tetapi tenaganya mudah hilang. Antioksidan lain seperti vitamin E dan asid ferulik boleh membantu asid L-askorbik menjana semula kekuatannya,”
Katanya lagi, tokotrienol bukan sahaja penggalak yang berkesan untuk vitamin C dalam penjagaan kulit, ia juga merupakan antioksidan yang sangat mujarab dalam menggalakkan penyembuhan kulit, pelembab, pemulihan dan penjanaan semula.