- Iklan -
Berita

Biro politik Umno pula bermesyuarat

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn Kuala Lumpur.
Ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn Kuala Lumpur.

Biro Politik Umno malam tadi mengadakan mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti itu, di Kuala Lumpur.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti itu.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno tiba pada 8 malam.

Antara yang dilihat tiba di lobi Menara Dato Onn itu ialah Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Noh Omar.

Difahamkan mesyuarat malam ini bagi membincangkan perkembangan semasa termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman ke atas bekas perdana menteri Najib Razak.

Semalam, Zahid dalam hantaran di Facebook rasminya menegaskan Umno akan bertindak rasional dan terus akur dengan kehendak keputusan parti.

"Marilah kita terus bersama-sama bersolidariti. Susah dan senang Najib kita tetap bersama. Kita akan bertindak rasional terus akur dengan kehendak keputusan parti. 

"Biro politik akan diadakan dalam masa paling terdekat. Tiada pengkhianatan sesama kita. Kita tahu yang mana lawan dan kawan sebenar," katanya dalam hantaran itu.

Zahid turut dijangka mengadakan satu taklimat khas presiden bersama ahli jawatankuasa bahagian dan pimpinan Umno di Pusat Dagangan Putra, Sabtu ini.