- Iklan -
Berita

Kes harian turun bawah 2,200 jangkitan , 2 lagi terkorban

34,901 kes aktif direkodkan dengan 95.8% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai memakai pelitup muka di dalam pasar raya di ibu negara Kuala Lumpur.
Orang ramai memakai pelitup muka di dalam pasar raya di ibu negara Kuala Lumpur.

2,191 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,776,194 kes.

Sebanyak 3,796 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,707,095.

Ketika ini, 34,901 kes aktif direkodkan, dengan 31,527 atau 95.8% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 19 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,282 (3.9%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 73 kes dan 48 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 64.4% dengan kes Covid-19 merangkumi 19.6%.

Dua lagi kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 36,198 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.