- Iklan -
Berita

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN selepas positif Covid-19

Bekas perdana menteri itu akan dipantau beberapa di sana.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan.

“Tun Dr Mahathir bin Mohamad disahkan positif Covid-19 pagi ini,” menurut kenyataan itu.

"Mahathir telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti dinasihatkan oleh pasukan kesihatan," kata pejabatnya dalam satu kenyataan, tanpa memberikan butiran simptom atau keadaannya.

Mahathir telah menerima sekurang-kurangnya tiga dos vaksin Covid-19, dengan suntikan terakhir pada November 2021.

Mahathir juga menjalani prosedur perubatan elektif pada Januari dan dimasukkan semula ke hospital pada akhir bulan itu untuk rawatan lanjut.

Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003.

Beliau kembali dilantik sebagai perdana menteri pada usia 92 tahun selepas mengetuai pakatan pembangkang meraih kemenangan pada 2018, mengalahkan parti yang pernah dipimpinnya.

Bagaimanapun pentadbirannya tumbang dalam tempoh kurang dari dua tahun akibat pergelutan dalaman parti.