- Iklan -
Berita

Kes harian turun bawah 2,000 jangkitan, 2 lagi terkorban

28,961 kes aktif direkodkan dengan 95.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai memakai pelitup muka ketika berjalan di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai memakai pelitup muka ketika berjalan di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur bagi mengelak jangkitan Covid-19.

1,904 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,791,456 kes.

Sebanyak 3,138 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,726,250.

Ketika ini, 28,961 kes aktif direkodkan, dengan 27,584 atau 95.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 18 (0.1%)  kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,286 (4.4%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 73 kes dan 36 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 63.4%, dengan kes Covid-19 merangkumi 19.6%.

Dua lagi kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 36,245 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.