- Iklan -
Berita

Jangkitan baru catat 1,990 kes, 4 lagi terkorban

27,370 kes aktif direkodkan, dengan 95% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pelanggan memakai pelitup muka ketika membeli barang di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Seorang pelanggan memakai pelitup muka ketika membeli barang di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur bagi mengelak jangkitan Covid-19.

1,990 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,801,653 kes.

Sebanyak 2,016 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,738,009.

Ketika ini, 27,370 kes aktif direkodkan, dengan 26,007 atau 95% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, sembila (0.0%)  kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,287 (4.7%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 67 kes dan 46 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.6%, dengan kes Covid-19 merangkumi 18.3%.

Empat lagi kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 36,274 orang.