- Iklan -
Berita

Anak Merdeka Omar Mokhtar kini warga Malaysia

Mohamad Omar Mokhtar diberikan kewarganegaraan Malaysia kurang dua minggu selepas pertemuannya dengan perdana menteri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Mohamad Omar Mokhtar menunjukkan dua versi sijil kelahirannya ketika sidang media di Petaling Jaya bulan lalu.
Mohamad Omar Mokhtar menunjukkan dua versi sijil kelahirannya ketika sidang media di Petaling Jaya bulan lalu.

Pemuda tanpa kerakyaran Mohamad Omar Mokhtar diberikan kewarganegaraan Malaysia, beberapa minggu selepas kisahnya tular sehingga mendapat perhatian perdana menteri.

Dalam sebuah surat makluman bertarikh 12 September, pegawai bahagian pendaftaran negara dan pertubuhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Badrul Hisham Alias berkata Omar diminta hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara bagi proses pengeluaran Sjil Kewarganegaraan Malaysia.

“Semoga dengan penganugerahan ini anak tuan akan menumpahkan taat setia sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong dan menjadi warganegara persekutuan yang sebenar dan jujur,” kata surat itu lagi.

Omar, 20, lahir pada 31 Ogos 2002 disekat untuk mendapatkan kad pengenalan pada usia 12 tahun atas alasan kad pengenalan ibu kandungnya yang berasal dari Sabah mempunyai beberapa masalah. 

Ayahnya merupakan warganegara Malaysia.

Ayah dan ibu kandung Omar berkahwin di Selangor tanpa proses pendaftaran yang sah. 

Selepas kedua-dua mereka berpisah, pada tahun 2015 Omar diambil sebagai anak angkat secara sah oleh ibu saudaranya yang menetap di Kedah. 

Ketika itu, proses dan permohonan pengangkutan sudah disempurnakan oleh JPN. 

Tetapi selepas dirujuk kad pengenalan ibunya sebagai tidak sah, satu sijil lahir baru dikeluarkan oleh JPN menyatakan Omar bukan warganegara.  

Kisahnya dilaporkan pada satu sidang media pada 29 Ogos lalu yang dianjurkan kumpulan hak asasi Lawyer for Liberty.

Kisahnya turut menarik perhatian Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang turut memberikan sumbangan melalui yayasan Keluarga Malaysia awal bulan ini.

Selepas lawatan Ismail, Omar berkata pihaknya menerima “perkembangan baik” berhubung situasi yang dihadapinya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.