- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,100 sekali lagi, 6 terkorban

25,327 kes aktif direkodkan dengan 95.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penjual di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan melayan pelanggan sambil memakai pelitup muka bagi membendung Covid-19.
Penjual di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan melayan pelanggan sambil memakai pelitup muka bagi membendung Covid-19.

2,111 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,823,975 kes.

Sebanyak 1,493 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,762,318.

Ketika ini, 25,327 kes aktif direkodkan, dengan 24,169  atau 95.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, tiada kes di pusat kuarantin sementara 1,101 (4.3%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 57 kes dan 37 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 63.3%, dengan kes Covid-19 merangkumi 15.5%.

Enam lagi kematian dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 36,330 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.