Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini berkata ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku dari Oktober hingga November ketika fasa peralihan monsun menandakan berakhirnya monsun barat daya.
Dalam satu kenyataan, ia berkata fasa peralihan itu dijangka bermula pada 3 Oktober dan berterusan sehingga bulan berikutnya.
“Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
"Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak,” katanya sambil menambah keadaan cuaca ini boleh menyebabkan banjir kilat dan kerosakan struktur yang tidak kukuh.
MetMalaysia juga menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada dalam tempoh ini, dan sentiasa pekak dengan amaran cuaca.
Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat di laman sesawang rasminya, aplikasi myCuaca, dan platform rasmi MetMalaysia.