- Iklan -
Berita

Larangan lompat parti akan dikuat kuasa sebelum PRU15, kata menteri

Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata akta anti lompat parti itu tiada tarikh khusus untuk dikuatkuasakan ketika ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berucap pada sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Bernama
Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berucap pada sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Bernama

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti akan dikuatkuasakan  dalam masa terdekat, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata akta yang telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah itu masih tiada tarikh khusus bagi dikuat kuasa ketika ini.

"Ia (kuat kuasa akta) akan berlaku sebelum itu (PRU15). Jadi, semua perlu bersabar dan saya akan tampil sekali lagi (untuk maklumkan mengenai perkara itu) dalam masa terdekat,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada akta berkenaan akan dilaksanakan atau tidak sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan Sultan Abdullah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 lepas.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata Bajet 2023 tetap akan dibentangkan Jumaat ini seperti yang dijadualkan susulan spekulasi pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.