- Iklan -
Berita

PM, Zahid adakan pertemuan dengan 191 bahagian Umno hari ini

Pertemuan itu akan melibatkan 700 perwakilan merangkumi ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri dari setiap bahagian parti itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Dari kiri: Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden Mohamad Hassan, Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak ketika perhimpunan agung parti itu Mac lalu.
Dari kiri: Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden Mohamad Hassan, Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak ketika perhimpunan agung parti itu Mac lalu.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan wakil 191 bahagian Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Setiausaha Agung Ahmad Maslan berkata pertemuan tersebut melibatkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri dari setiap bahagian parti itu.

"Perdana menteri akan memberi ucapan kemudian ucapan oleh presiden, itu sahaja sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ditanya sama ada perkara yang akan dibincangkan termasuk berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 , ahli Parlimen Pontian itu berkata: "Hanya perkara-perkara yang baik sahaja,".

Beliau berkata sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu selesai.