- Iklan -
Berita

SPR panjangkan tempoh pengundian selama sejam

Pemanjangan tempoh masa tersebut dijangka dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk membuang undi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pengundi menjalankan tanggungjawab memiih wakil rakyat di Sekolah Kebangsaan Pulau Salak pada Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lalu.
Seorang pengundi menjalankan tanggungjawab memiih wakil rakyat di Sekolah Kebangsaan Pulau Salak pada Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanjangkan tempoh pengundian bagi Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) selama sejam berbanding pilihan raya umum sebelum ini iaitu 8 pagi hingga 5 petang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan masa pengundian bagi semenanjung akan bermula 8 pagi hingga 6 petang manakala bagi Sabah dan Sarawak bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

"Pemanjangan tempoh masa ini dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk membuang undi," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) mengenai langkah penambahbaikan SPR untuk memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi serta menjamin ketelusan proses mengundi pada PRU15 dan seterusnya.

Menurutnya SPR turut menambah jumlah pusat mengundi dan saluran sedia ada bagi mengelak  kesesakan di pusat-pusat mengundi, susulan pelaksanaan undi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik.

Beliau berkata langkah penambahbaikan itu dilaksanakan bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisien, adil dan telus. 

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.