- Iklan -
Berita

Hujan lebat cetus banjir di Ipoh

Bagaimanapun, tiada pemindahan mangsa dibuat setakat ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Lembah Klang antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir pada Disember tahun lalu di mana puluhan ribu terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Lembah Klang antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir pada Disember tahun lalu di mana puluhan ribu terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Hujan lebat selama beberapa jam sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Ipoh, Perak dilanda banjir.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima laporan kejadian banjir di Akademi Badminton, Bandar Meru Raya dan kawasan Ulu Chepor.

"Kesemua mangsa di akademi badminton itu keluar sendiri dan tiada pemindahan mangsa dibuat setakat ini.

"Pemantauan banjir di lokasi terlibat masih dilakukan oleh pihak bomba sehingga kini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.