- Iklan -
Berita

Agong lawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara

Lawatan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ke pusat ramalan cuaca itu bagi mengetahui kesiapsiagaan agensi itu menghadapi monsun timur laut.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat persiapan bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Ampang hari ini. Gambar: Bernama
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat persiapan bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Ampang hari ini. Gambar: Bernama

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat persiapan menghadapi bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Ampang hari ini.

Sembah taklimat secara tertutup atas titah Sultan Abdullah itu bagi mengetahui kesiapsiagaan agensi terlibat untuk menghadapi monsun timur laut 2022/2023 yang dijangka bermula pertengahan November depan dan berakhir pada Mac 2023.

Keberangkatan tiba Sultan Abdullah pada 10.25 pagi disambut Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Zaini Ujang, Ketua Pengarah JPS Md Nasir Md Noh dan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.

Sembah taklimat itu dijadualkan bermula dengan keadaan cuaca dan persiapan banjir daripada JPS serta MetMalaysia seterusnya berhubung situasi terkini Covid-19 dan kesediaan Kementerian Kesihatan menghadapi banjir oleh Khairy.

Selepas sesi tersebut, Sultan Abdullah dijadual melawat Pusat Kawalan PRABN di sini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.