- Iklan -
Berita

Kita akan bincang isu GST tapi bukan tahun ini, kata Zafrul

Menteri kewangan itu berkata isu pelaksanaan semula GST tidak akan dibincang dalam Bajet 2023.

Teoh Yee Shen
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memegang buku belanjawan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selepas pembentangan Bajet 2023 di Parlimen.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memegang buku belanjawan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selepas pembentangan Bajet 2023 di Parlimen.

Kerajaan tidak menolak kemungkinan memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas lebih empat tahun dimansuhkan susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata sebarang perbincangan mengenai cukai tersebut adalah bergantung kepada keadaan ekonomi.

“Untuk tahun ini, kita tidak akan bincangkan dalam bajet,” katanya kepada media selepas membentangkan Bajet 2023 di Parlimen hari ini.

Pada Jun 2018, kerajaan PH mengumumkan cukai 6% GST akan berkadar sifar.

Cukai itu kemudiannya digantikan dengan pelaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada September tahun yang sama.

Bekas perdana menteri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara memperkenalkan GST pada 2015.

Beliau mempertahankan langkah pelaksanaan cukai itu pada tahun lalu, mengatakan ia dapat memastikan ketelusan selain dapat mengurangkan ketirisan bernilai ratusan bilion dolar. 

Menurut Najib, GST juga dapat merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi