- Iklan -
Berita

Malaysia ungguli perlumbaan daki 1,500 anak tangga Bangunan Empire State

Juara bertahan Soh Wai Ching menamatkan pendakian dalam masa 10 minit dan 44 saat.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Malaysia Soh Wai Ching memegang bendera penajanya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Warga Malaysia Soh Wai Ching memegang bendera penajanya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Warga Malaysia Soh Wai Ching memenangi pertandingan Empire State Building Run-Up, perlumbaan tahunan mendaki anak tangga menara yang diadakan di Bangunan Empire State, New York City, merangkul gelaran juara nombor satu dunia.

Soh yang ditaja Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menamatkan pendakian dalam masa 10 minit 44 saat, menewaskan Ryoji Watanabe dari Jepun (10:57), Fabio Ruga dari Itali (11:19), Goerge Heimann dari Jerman ( 11:40) dan Omar Bekkali dari Belanda (12:03).

Soh yang merupakan juara bertahan sebelum ini, turut dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada perlumbaan kali ke-44 pada 6 Oktober.

"Kami menajanya. Walaupun dia adalah seorang anak muda yang rajin dan berdedikasi dalam menduduki ranking dunia, namun dia tak dapat bantuan tajaan,” kata Ahli Majlis MBPJ Derek Fernandez.

"Dia memberi kebanggaan kepada kami."

Soh merupakan graduan sains sukan Universiti Malaya.

Perlumbaan Empire State Building Run-Up adalah pertandingan mendaki menara di mana peserta akan berlumba untuk mencatatkan masa terbaik menaiki 86 tingkat di mana jumlah keseluruhannya anak tangganya sebanyak 1,576 langkah.