- Iklan -
Berita

Nadma beri amaran banjir akibat fenomena air pasang besar

Banjir dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk Kedah, Perak, Selangor dan Johor.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Agensi Pengurusan Bencana Negara berkata banjir boleh berlaku berikutan fenomena air pasang besar.
Agensi Pengurusan Bencana Negara berkata banjir boleh berlaku berikutan fenomena air pasang besar.

Air pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan bermula semalam hingga Khamis ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Nadma menerusi perkongsian di laman Facebook memaklumkan Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kawasan terlibat adalah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Menurut Nadma fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar, seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

"Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran lebih peka dan berwaspada semasa fenomena ini berlaku," menurut perkongsian itu. 

Maklumat lanjut dan jadual pasang surut edisi 2022 boleh didapati di laman web https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.